DUNIA

Wanita bawa surat untuk Biden ditahan dekat Rumah Putih

15/02/2021 11:51 AM

MOSCOW, 15 Feb -- Seorang wanita 66 tahun yang membawa surat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ditahan ketika di pusat pemeriksaan berhampiran Rumah Putih di Washington DC, lapor Agensi Berita Sputnik.

Memetik polis, Fox News melaporkan wanita itu memiliki pistol di dalam keretanya dan ditemani  seorang lelaki yang membawa pistol BB.

Kedua-duanya menghampiri pusat pemeriksaan berhampiran kompleks Rumah Putih dan wanita itu berkata mahu menyampaikan surat untuk Biden, lapor Fox News pada Ahad.

Wanita itu ditahan oleh Perkhidmatan Rahsia sekitar 5.30 pagi waktu tempatan pada Ahad (22:30 GMT).

Tiada maklumat lanjut mengenai surat yang dikatakan untuk presiden AS itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan