CIDB Pulau Pinang arah tutup tapak pembinaan tidak patuh SOP
Anggota polis menahan para pekerja asing untuk membuat pemeriksaan pada operasi bersepadu khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tapak pembinaan membabitkan projek pengubahsuaian sebuah hotel di Persiaran Bertam hari ini.
Operasi bersepadu khas disertai oleh PDRM, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan Negeri.
CIDB mengeluarkan arahan menutup tapak pembinaan tersebut kerana gagal mematuhi sepenuhnya SOP. Operasi berkenaan diadakan bagi memastikan para pekerja di tapak pembinaan mematuhi SOP yang ditetapkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia merupakan Peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk menyertai kami :
Kekosongan Jawatan
Tarikh tutup permohonan
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
16 April 2021
Sila layari portal kerjaya BERNAMA di https://kerjaya.bernama.com untuk maklumat lanjut. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal kerjaya BERNAMA.