AM

LHDN cawangan Bintulu, Seremban dibuka semula esok

07/02/2021 05:19 PM

KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Operasi kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dibuka semula esok melibatkan cawangan Bintulu, Sarawak dan Seremban, Negeri Sembilan manakala cawangan Wangsa Maju di sini akan ditutup bermula pada hari sama.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembukaan semula cawangan Bintulu melibatkan kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari pada Isnin hingga Jumaat.

Bagi cawangan Seremban, ia melibatkan kaunter setempat (perkhidmatan percukaian) dan kaunter BPR pada masa dan hari yang sama manakala kaunter duti setem hanya menerima bayaran sehingga 12 tengah hari.

Penutupan cawangan Wangsa Maju pula melibatkan perkhidmatan kaunter BPR.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan