AM

Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas

05/02/2021 10:27 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb  -- Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan bukunya, yang didakwa beliau memesong sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara. 

Beliau mendakwa penulisan berhubung Peristiwa 13 Mei 1969 dan Tun Abdul Razak yang terkandung dalam buku berjudul "My Story: Justice in the Wilderness" itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara. 

"Saya membuat laporan ini untuk pihak polis memulakan siasatan ke atasnya khususnya di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan