SEREMBAN, 22 Jan -- Polis sedang mengesan enam individu iaitu empat lelaki dan dua wanita, bagi membantu siasatan kes penipuan ke atas seorang wanita berjumlah RM1.8 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata, kesemua individu berkenaan ialah Mohd Hafiz Izuan Suhaimi, 27, yang beralamat terakhir di A-2-20, Jalan Larkin Perdana 3, Johor Bahru; Siti Faizatul Husna Azman, 28, yang beralamat di No 40-09-05 Flat Sri Tioman 2, Taman Melati, Kuala Lumpur dan Mohd Haniff Budiman Shabri, 32, beralamat di No 1, Jalan Hang Lekiu, Taman Dawani, Senai, Johor.
Tiga lagi individu ialah Bong Hann Hwa, 33, yang beralamat terakhir di No 15, Jalan Tiram Beladau 33, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor; Mohd Arif Palili, 41, di Bt 2, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah serta Oh Chiew Mei, 43, yang beralamat di A-01-13, Taman Bukit Mewah Fasa 9, Jalan Bukit Mewah 9/17, Kajang, Selangor.
“Kesemua individu ini dicari bagi membantu siasatan kes penipuan ke atas seorang wanita berusia 66 tahun pada Disember tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Aibee berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua individu tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muraly di talian 016-7839535 atau 06-6472222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial