AM

PKP: Nat dibenarkan beroperasi di Perlis, pasar malam ditukar kepada pasar pagi

20/01/2021 07:49 PM

KANGAR, 20 Jan -- Perlis membenarkan tiga ‘nat’ (pasar minggu) dalam negeri ini untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Jumaat ini, manakala pasar malam pula tidak dibenarkan beroperasi, namun akan diganti dengan pasar pagi.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata tiga nat berkenaan adalah di Simpang Empat, Arau dan Kuala Perlis.

Beliau berkata pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan mengeluarkan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua berhubung perkara berkenaan.

"Garis panduan itu meliputi beberapa perkara antaranya dari segi jumlah maksimum pekedai, jumlah pengunjung dan sebagainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Azlan berkata pergerakan masuk ke dalam nat dan pasar pagi ini akan dikawal oleh pihak berkuasa bagi memastikan bahawa orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan