AM

Rina Harun positif COVID-19, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh

11/01/2021 12:13 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan pejabat beliau hari ini, Rina memperoleh keputusan ujian saringannya malam tadi selepas menjalani ujian tersebut di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.

Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada 11 pagi ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut.

"Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.

"Beliau juga akan pastikan semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa," demikian menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan