AM

Hujan lebat punca tanah runtuh di JRTB

06/01/2021 08:37 PM

IPOH, 6 Jan -- Orang ramai yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) terutama dari arah Gerik diminta berhati-hati berikutan terdapat kejadian tanah runtuh petang ini disebabkan hujan lebat. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur,  Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata kejadian tanah runtuh pada 2.45 petang tadi berlaku kira-kira lima kilometer (km) sebelum kawasan Rehat dan Rawat Titiwangsa.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya Hulu Perak, ketinggian runtuhan tanah adalah 20 meter (m) manakala panjang kawasan terlibat 40 m.

 "Berikutan itu, hanya satu lorong dibuka di sekitar kawasan terlibat selain papan tanda amaran turut dipasang," katanya kepada Bernama. 

Katanya, hujan masih renyai di lokasi kejadian ketika ini.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan