KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 1 Jan hingga 31 Mac 2021 akan dibuka untuk jualan mulai 10 pagi esok.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jualan tiket itu dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang menyambut Tahun Baru Cina pulang ke kampung dan merancang untuk bercuti.
“Sebanyak 24 perkhidmatan ETS ditawarkan setiap hari manakala KTM Antarabandar masih mengekalkan 18 perkhidmatan setiap hari. KTMB turut menawarkan dua perkhidmatan tambahan bagi tren ETS Business Class untuk laluan pergi balik KL Sentral-Butterworth menggunakan jadual waktu baharu.
“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda,” menurut kenyataan itu.
KTMB turut menyarankan pengguna membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau melayari saluran media baharu rasmi KTMB.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial