PUTRAJAYA, 10 Dis -- Seorang Pesuruhjaya Kehakiman hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, demikian menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, 54, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Azhar Mohamed selaras dengan Perkara 124(5) Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut kenyataan itu, majlis berlangsung di bilik kunjung Ketua Hakim Negara di Istana Kehakiman di sini.
Ahmad Shahrir, yang berasal dari Bentong, Pahang, berkelulusan Diploma Undang-Undang dan Diploma Lanjutan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA.
Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Negeri Pulau Pinang dari 2 Dis 1991 sehingga 1994 dan Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kuala Lumpur) dari 1994 sehingga 1 April 1995.
Ahmad Shahrir juga pernah berkhidmat sebagai peguam di beberapa firma guaman sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 2017.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial