BERITA COVID–19   205 individu ditahan semalam ingkar SOP PKP - Ismail Sabri | COVID: 1,680 kes baharu, tujuh kematian direkodkan hari ini | MAIS salur wang fidyah RM545,500, bantu 5,455 keluarga terkesan COVID-19 | Aktiviti sukan, rekreasi individu dan berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP | Pelatih polis sembuh COVID-19, selesai kuarantin dibenar jalani latihan - Bukit Aman | 
EKONOMI

Sejumlah RM21.8 juta dana diluluskan kepada 30 syarikat menerusi NTIS setakat ini

08/12/2020 12:40 PM

KUALA LUMPUR, 8 Dis  -- Sejumlah RM21.8 juta dana telah diluluskan kepada 30 syarikat menerusi Program Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) setakat ini.

Program itu yang merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan sokongan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), MIMOS Bhd dan Technology Park Malaysia (TPM).

Dalam kenyataan hari ini, MTDC berkata sebanyak 1,763 syarikat telah berdaftar dalam NTIS sejak pelancarannya pada Jun 2020 dan daripada jumlah itu, MTDC telah menerima 48 permohonan untuk penilaian bagi Dana Sandbox.

"Selain membantu menjana ekonomi negara, NTIS juga berperanan membantu melancarkan penggunaan teknologi baharu dalam pelbagai sektor terutamanya dalam memerangi pandemik COVID-19," katanya.

MTDC, sebagai rakan pembiayaan utama inisiatif ini akan menyediakan platform termasuk pembiayaan bagi produk/teknologi/perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) atau inovasi tempatan daripada peringkat prototaip kepada peringkat pengkomersialan.

"Sasaran program pembiayaan ini adalah untuk memberi akses kewangan kepada syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana/ pemula niaga untuk membangunkan dan menjalankan proses pengesahan produk/teknologi/ perkhidmatan hasil R&D atau inovasi dalam persekitaran yang terkawal (sandbox).

"Melalui NTIS, syarikat pemula teknologi boleh menerima bantuan dana RM100 juta yang diperuntukkan dan memperoleh beberapa skim pembiayaan," katanya.

MTDC menawarkan empat skim pembiayaan iaitu Single Site Sandbox, Multisite Sandbox, Commercialisation Sandbox dan Corporate Sandbox.

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan