AM

Pemandu wanita rempuh kedai stesen minyak

02/12/2020 12:33 AM

KUALA LUMPUR, 1 Dis  -- Seorang pemandu wanita warga asing secara tidak sengaja merempuh premis kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bandar Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 2.20 petang, wanita berusia 33 tahun itu telah masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual berkenaan lalu menghidupkan enjin. 

"Bagaimanapun, tanpa disedari kenderaan berkenaan masih dalam gear dan bukan free (neutral) menyebabkan ianya melonjak ke hadapan dan melanggar cermin kaca kedai lalu merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Kedai itu mengalami kerosakan cermin hadapan manakala kenderaan itu juga turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan tetapi pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan 

Mohd Zaid turut menasihat pemandu agar berhati-hati terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi selain berkata pengusaha stesen minyak juga mungkin perlu memikirkan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan premis kedai dirempuh kenderaan.

--BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan