AM

RM2.016 bilion peruntukan siling tahunan diluluskan kepada RECODA 2015-2020

26/11/2020 12:20 PM

KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Peruntukan siling tahunan yang diluluskan kepada projek Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) adalah berjumlah RM2.016 bilion sejak 2015 sehingga tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Arthur Joseph Kurup hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.886 bilion diperuntukkan sehingga suku kedua tahun ini manakala sejumlah RM130.55 juta akan disalurkan sebelum akhir tahun ini.

“Berhubung projek dilaksanakan di kawasan Baram, Sarawak terdapat dua projek telah siap pada Disember 2014, iaitu jalan akses ke tapak empangan Baram dengan kos terlibat adalah RM234.6 juta. 

“Projek kedua, adalah Stesen Pertanian Bersepadu Tanah Tinggi di Baram berjumlah RM30.81 siap pada Februari tahun ini, projek tersebut bertujuan membangunkan sektor pertanian tanah tinggi melalui penyelidikan tanaman asli di kawasan Baram,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Anyi Ngau (GPS-Baram) berhubung jumlah peruntukan pembangunan diluluskan kepada RECODA, sebuah badan berkanun kerajaan negeri Sarawak yang merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), sejak 2015.

Beliau berkata pelaksanaan bagi kedua-dua projek berkenaan meningkatkan sosioekonomi rakyat serta memberi impak pembangunan di kawasan pedalaman dan tanah tinggi di kawasan Baram.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan