AM

PPMSB perkenal pelekat khas kenderaan, elak kecurian buah sawit

22/11/2020 02:42 PM

MELAKA, 22 Nov -- Susulan peningkatan harga sawit kebelakangan ini, Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (PPMSB) mengambil beberapa langkah termasuk memperkenalkan pelekat khas kenderaan untuk memasuki kawasan ladangnya di Jalan Jasin-Semujuk di Merlimau, bagi mengelak kecurian.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSMB Muhammad Muhaimin Lau Abdullah berkata pihaknya juga memasang besi penghalang di laluan tikus yang dikenal pasti di kawasan ladang seluas 809.4 hektar itu.

"Kami memperkenalkan pelekat khas ini kerana bimbang faktor kenaikan harga buah sawit ketika ini akan mendorong berlakunya kehilangan buah sawit, justeru kami terpaksa mengawalnya dengan ketat.

"Setakat ini, PPMSB telah menerima lebih 50 permohonan untuk memiliki pelekat khas daripada penduduk kampung sekitar dan mereka akan dibenarkan masuk untuk melalui kawasan ladang termasuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata langkah itu dilaksanakan setelah berbincang dengan penduduk kampung terlibat.

Menurutnya sekalipun ladang milik kerajaan negeri itu belum merekodkan kejadian seumpama, beberapa kes yang dilaporkan oleh ladang bersebelahan mendorong PPSMB mengambil langkah pencegahan.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan