Selasa, 01 Disember 2020
AM
22/11/2020 08:13 AM

IPOH, 22 Nov -- Banjir kilat susulan hujan lebat di Perak bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sekali ganda daripada 319 orang pada 9 malam tadi kepada 736 setakat pukul 6 pagi ini. 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata daerah paling teruk terjejas adalah Larut, Matang dan Selama (LMS) dengan jumlah keseluruhan penduduk dipindahkan ke empat PPS seramai 569 orang.

Katanya terbaharu, sebuah lagi PPS dibuka di LMS iaitu di Masjid Toh Paduka, Ijok kira-kira pukul 7 malam tadi yang menempatkan 364 orang dari Kampung Bendang Luas, Kampung Teras, Kampung Masjid dan Kampung Baru Gelugor. 

"Selain itu, PPS lain di LMS adalah dewan orang ramai Kampung Seri Ara yang menempatkan 55 orang selepas kampung itu dilanda banjir kilat; 47 lagi berada di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang dan di Dewan Semai Bakti Felda Ijok terdapat 103 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sementara itu, bagi daerah Kerian terdapat 152 orang berlindung di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai yang dibuka sejak Jumaat lepas selepas tujuh kampung dilanda banjir kilat antaranya Kampung Tebuk Panchur,  Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis dan Kampung Parit Abu Hassan Ban. 

Katanya, di Hilir Perak pula seramai 15 orang ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan selepas kediaman mereka di Kampung Belakang Kilang Kacang dan Lorong Bendera 1, Kampung Sungai Tukang Sidin dinaiki air susulan banjir kilat. 

Operasi memindahkan penduduk dan penugasan di PPS melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bomba, polis, dan Rela. 

-- BERNAMA 

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan