Sabtu, 28 November 2020
AM
21/11/2020 09:34 PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Pelari menara nombor satu Malaysia, Soh Wai Ching disahkan sebagai pemegang 'Guinness World Record' untuk cabaran pendakian tangga menegak dalam tempoh satu jam (Lelaki) dengan jarak 1.295 km yang baharu.

Soh menerima pengesahan itu daripada pengadil Guinness World Record Swapnil Dangarikar dari India, dalam tempoh 48 jam seperti yang dijanjikan, diikuti dengan pengesahan bertulis dari Ibu Pejabat Guinness World Records di London.

"Mencapai rekod dunia ini memang menjadi mana-mana atlet, begitu juga dengan saya dan Persatuan Larian Menara Malaysia. Saya berharap dengan kejayaan ini, ia dapat memberi inspirasi kepada semua untuk mencapai sesuatu yang hebat, menjadi kreatif, berfikir di luar kotak, walaupun ketika penularan pandemik COVID-19," kata Soh, yang juga presiden Persatuan Larian Menara Malaysia.

Pada Rabu lepas, bertempat di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, Soh berjaya mengatasi rekod dunia semasa iaitu 1.227km dalam tempoh sejam yang dipegang oleh David Robles Tapia dari Sepanyol. 

Menurut Naib Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia Ravinder Singh dalam kenyataan hari ini, penyampaian sijil rasmi secara maya dijadualkan berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tidak lama lagi.

Ravinder turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan Hotel Four Seasons Kuala Lumpur yang telah memberi bantuan logistik semasa 12 sesi latihan yang diadakan selama sebulan di situ.

"Walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kami menghargai sumbangan penaja utama iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allianz, KBS, US Potatoes, Institut Sukan Negara (ISN) dan Yakult. Kami juga ingin mengucapkan penghargaan khusus kepada TNB dan Allianz yang menambah penajaan mereka pada saat akhir semasa timbul perbelanjaan tambahan di luar jangka.

"Dalam menyahut cabaran ini, kami menghadapi banyak rintangan, tetapi kami tetap positif dengan memberi tumpuan penuh kepada usa mencari penyelesaian, satu demi satu. Perjalanan ini menyediakan kita untuk menghadapi cabaran yang lebih besar," kata Ravinder.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan