AM

Lelaki maut terjatuh Gunung Gua Sireh ketika cari pokok hiasan

20/11/2020 12:46 AM

ALOR SETAR, 19 Nov  -- Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari cerun Gunung Gua Sireh dekat Baling, ketika mencari pokok hiasan bersama rakannya di kawasan berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali berkata mangsa Amir Hakimi Md Ali, 22, dari Kampung Padang Che Mas, Baling maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 100 meter.

"Mangsa yang melakukan kerja-kerja kampung telah ke gunung berkenaan pada 10 pagi bersama seorang rakan lelaki yang berumur 32 tahun untuk mencari pokok hiasan (pokok paku aji) sebelum dipercayai terjatuh pada 11 pagi.

"Polis yang menerima laporan pada 12.30 tengah hari telah bergegas ke tempat kejadian dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Basri berkata buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan