KUALA TERENGGANU, 18 Nov -- Cuaca yang semakin baik di Terengganu sepanjang hari ini membolehkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Setiu ditutup secara rasmi pada 5 petang tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata dengan penutupan itu, kesemua 51 mangsa daripada 12 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.
"Bagaimanapun, pemantauan tetap diteruskan dan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan sentiasa peka dengan sebarang perubahan cuaca dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dua PPS itu dibuka pada 1 pagi iaitu Balairaya Sungai Lerek dan Surau Kampung Bukit Nyior Pelong kedua-duanya terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial