Jumaat, 27 November 2020
15/11/2020 03:32 PM

KUANTAN, 15 Nov -- Polis mengesahkan tiada kejadian dua wanita membunuh diri dengan terjun dari bangunan di Genting Highlands, kira-kira 180 kilometer dari sini, seperti yang tular di media sosial hari ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohd Shahril Abdul Rahman ketika dihubungi di sini berkata video itu adalah rakaman kejadian lama yang tular semula dipercayai berlaku di luar negara sekitar 2017. 

Hari ini, rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita terjun dari bangunan manakala seorang lagi terbaring di jalan raya dipercayai telah terjun terlebih dahulu tular di media sosial dengan keterangan kononnya berlaku di pusat peranginan itu.

Keterangan lain menyatakan kedua-dua wanita tersebut kononnya terjun dari tingkat 18 selepas kehilangan kerja kerana dipecat. 

Bagaimanapun, kejadian sebenar video itu dipercayai melibatkan dua beradik yang tinggal di luar negara dan difahamkan mengalami masalah tekanan selama beberapa tahun sebelum kejadian berlaku. 

-- BERNAMA 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan