KOTA KINABALU, 30 Okt -- Kelab Kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Gayang, Kelab Kakitangan SK Sungai Damit dan Kelab Penyokong Datuk Jahid Jahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada Hospital Tuaran bagi membantu pesakit serta petugas barisan hadapan di hospital itu.
Sumbangan berupa makanan dan minuman kepada barisan hadapan yang sedang bergelut membanteras pandemik COVID-19 itu diterima oleh Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan Gopal Naidoo.
Bercakap kepada pemberita, Dr G Mohan berkata sumbangan itu amat bermakna kepada pesakit dan petugas barisan hadapan di hospital tersebut.
"Saya amat berterima kasih kepada kelab berkenaan kerana berbesar hati memberi kami sumbangan dan ini bukan kali pertama, sebelum ini mereka telah banyak kali menyumbang kepada hospital ini," katanya.
Sementara itu, Datuk Jahid Jahim yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang hadir pada majlis itu berkata kerajaan negeri amat mengalu-alukan sumbangan daripada swasta, persatuan atau kelab kepada petugas barisan hadapan dan golongan memerlukan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial