AM

Data rasmi KKM mengenai COVID-19 sahih - Saifuddin

27/10/2020 04:39 PM

PUTRAJAYA, 27 Okt -- Data rasmi Kementerian Kesihatan (KKM)  berhubung COVID-19 yang disiarkan oleh saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah sahih, tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kerajaan sejak awal menangani pandemik COVID-19 sentiasa memastikan data-data pihak KKM adalah sahih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata sidang khas Majlis Keselamatan Negara  Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memandang berat percubaan pihak tertentu yang mempersoalkan kesahihan data rasmi yang diumum KKM setiap hari.

"Percubaan ini adalah perbuatan jahat untuk sengaja menimbulkan kekeliruan serta mencetuskan ketidakyakinan terhadap usaha kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat kes berkenaan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saifuddin juga menasihati rakyat agar sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber yang rasmi atau boleh dipercayai dan berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

Sekiranya terdapat keraguan terhadap kesahihan sesuatu berita atau maklumat, orang ramai diminta layari www.sebenarnya.my atau salurkan maklumat kepada Pasukan Respon Pantas (PRP) di talian 03-89115103.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan