AM

Gangguan bekalan air di 59 kawasan di Klang/Shah Alam dan Kuala Langat

16/10/2020 05:35 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Bekalan air di 59 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan susulan kejadian paip pecah berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga sehingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Elina Baseri berkata antara kawasan yang terlibat ialah Ambang Botanik, Bandar Bestari dan Glenmarie Cove di Wilayah Klang/Shah Alam, manakala di Wilayah Kuala Langat adalah Jalan Sijangkang Utama, Eco Santuary dan Tropicana Aman.

“Kerja-kerja pembaikan paip pecah dijangka siap 10 malam ini dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10 pagi esok.

“Pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula. Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Elina berkata maklumat perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor dalam Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan