AM

Anugerah Seniman Muzik Sarawak 2020 pada 4 Nov ini

14/10/2020 06:24 PM

KUCHING, 14 Okt -- Anugerah Seniman Muzik Sarawak 2020 yang julung kali diperkenalkan tahun ini akan mengiktiraf seniman tempatan dari era 50 hingga 70-an menerusi tujuh anugerah pada majlis di sebuah hotel di sini, 4 Nov ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata seramai 47 seniman akan menerima anugerah tersebut anjuran kementeriannya dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia (MACPA) Kuching.

“Tujuh kategori ini ialah Anugerah Tokoh Kenyalang Emas, Tokoh Permata Kenyalang, Tokoh Cahaya Kenyalang, Tokoh Mutiara Kenyalang, Anugerah Bintang Harapan, Anugerah Bintang Lagenda dan Anugerah Bintang Sepanjang Zaman," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, penerima anugerah ini bakal menerima wang tunai keseluruhannya berjumlah RM100,000 selain trofi dan sijil yang disumbangkan oleh kerajaan negeri. 

"Ia akan menjadi anugerah yang meriah dan cara terbaik bagi kita mengingati sumbangan pengiat seni muzik kita (era 50 hingga 70-an),” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan