AM

MAQIS Perlis rampas 280kg serai

08/10/2020 09:52 AM

PADANG BESAR, 8 Okt -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis mematahkan cubaan menyeludup 280 kilogram (kg) serai dianggarkan bernilai RM1,000 di Unit Kargo, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Isnin lepas.

Pengarah MAQIS Perlis Mohamad Arshad Raffin dalam satu kenyataan hari ini berkata serai berkenaan dibawa masuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan hasil pemeriksaan mendapati tidak mempunyai permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun jika sabit kesalahan.

Mohamad Arshad menegaskan bahawa MAQIS sentiasa komited untuk memastikan hasil pertanian yang dibawa masuk ke negara ini mematuhi terma dan syarat ditetapkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan