AM

Pengubahan wang haram: SPRM panggil suami isteri bergelar artis

01/10/2020 11:15 PM

KUALA LUMPUR, 1 Okt  -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil sepasang suami isteri bergelar artis memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Menurut sumber, suami isteri berkenaan dipanggil memberi keterangan kira-kira 4 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan seorang daripada mereka telah selesai memberi keterangan manakala seorang lagi masih diambil keterangan oleh SPRM.

Menurut sumber itu SPRM akan memanggil beberapa lagi selebriti untuk membantu siasatan kes berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan