DUNIA

Menara jam dunia Big Ben London muncul semula, selepas tiga tahun jalani proses baik pulih

28/09/2020 11:46 AM

LONDON, 28 Sept  --  Menara jam dunia Big Ben London akan diperlihatkan semula kepada orang ramai selepas hampir tiga tahun menjalani kerja-kerja baik pulih, umum pihak berkuasa di Parlimen pada Ahad.

Jam yang dipasang di Menara Elizabeth itu menjalani proses baik pulih yang menelan kos jutaan dolar dan fasa kritikal untuk kerja-kerja pemuliharaan hampir selesai, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam tempoh enam minggu akan datang, perancah akan diturunkan secara berperingkat.

Speaker Parlimen Lindsay Hoyle berkata "Seperti orang lain, saya juga tidak sabar untuk melihat menara jam itu dibuka semula." 

Kerja-kerja baik pulih membabitkan kawasan luar dan dalam menara dengan sekumpulan pakar menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memastikan perincian hiasan sesuai dengan reka bentuk asal yang dihasilkan pada 1859.

Menara Big Ben merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia UNESCO.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan