AM

Monsta lancar pek dan aksesori terbaharu Kad BoBoiBoy Galaxy

28/09/2020 10:10 AM

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- BoBoiBoy Galaxy Card yang menjadi fenomena di seluruh negara dengan lebih 20 juta kad dihasilkan setakat ini, kini menampilkan barisan produk terbaharu bagi permainan kad kegemaran ramai yang akan dipasarkan mulai Isnin (28 Sept)  ini.

Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) dalam kenyataan hari ini memaklumkan koleksi baharu itu menampilkan Pek Impak dan Starter Deck, serta aksesori baharu iaitu Deck Box dan Arena Mat.

Menurutnya, setiap kad dalam pek itu menampilkan watak ikonik dari siri BoBoiBoy Galaxy seperti Tok Kasa, Maskmana, Man Ramen serta watak-watak baharu seperti Qually, Jaguh Lang dan Profesor Utan dengan gaya lukisan komik 2D yang memukau.

Para peminat BoBoiBoy Galaxy Card pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki 54 kad dan untuk melengkapkan koleksi daripada eksklusif terbaharu yang mempunyai pelbagai kesan luar biasa.

“Setiap pek juga mengandungi kad baharu iaitu ‘Kad Osom’ yang boleh digunakan sebagai pengganti fasa ‘osom’ di awal setiap pusingan, sekali gus membawa sedikit kelainan kepada corak permainan BoBoiBoy Galaxy Card,” menurut kenyataan itu. 

“Bagi pemain baharu BoBoiBoy Galaxy Card, Monsta turut melancarkan Starter Deck yang mengandungi 3 kad istimewa, 20 kad normal dan sekeping Arena Mat eksklusif.

“Dengan Starter Deck ini, para pemain baharu dibekalkan dengan set yang lengkap bagi memudahkan mereka untuk mula bermain bersama rakan-rakan dan memenangi perlawanan BoBoiBoy Galaxy Card mereka yang pertama.

Selain Pek Impak dan Starter Deck, Monsta turut melancarkan dua aksesori baharu.

Para pemain boleh menyusun atur kad-kad mereka di dalam Deck Box BoBoiBoy Galaxy Card dan bertarung dengan penuh bergaya di atas Arena Mat terbaharu, yang dihasilkan daripada bahan antigelincir berkualiti tinggi.

Monsta berharap agar para peminat dan pengumpul kad permainan akan teruja dengan koleksi terbaharu ini, di samping menarik minat ramai lagi pemain ke dunia BoBoiBoy Galaxy Card.

Pek Impak, Starter Deck dan aksesori lain boleh didibeli di cawangan kedai runcit, kedai buku, kedai dalam talian dan Monsta Store mulai 28 Sept.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan