AM

COVID-19: Ahmad Samsuri jalani kuarantin wajib

25/09/2020 06:43 PM

KUALA TERENGGANU, 25 Sept -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari kerana mempunyai kontak dengan dua individu yang positif COVID-19.

Setiausaha Politiknya Muhyidin Abdul Rashid berkata kuarantin wajib itu adalah seperti yang diarahkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang turut berusaha mengenal pasti, menghubungi dan menjalankan ujian COVID-19 terhadap semua yang berkait dengan kontak berkenaan.

“Untuk makluman, YAB DS (Yang Amat Berhormat Datuk Seri) Menteri Besar juga telah menjalani ujian Reverse-Transcription Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) COVID-19 dan disahkan negatif, namun perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua program dan aktiviti melibatkan Ahmad Samsuri terpaksa ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuarantin wajib itu.

“Walaupun begitu, YAB DS Menteri Besar akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 Sept ini secara video dalam talian,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan