KUALA LUMPUR, 21 Sept -- Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kecederaan selepas ditembak di hadapan rumahnya di Jalan BK 5/3 Bandar Kinrara, Puchong hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan memberitahu Bernama insiden itu berlaku pada 12.45 tengah hari tadi.
“Mangsa ditembak dengan pistol di hadapan rumahnya dan mengalami kecederaan di rusuk kirinya tetapi dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di hospital,” kata Ismadi sambil menambah polis telah mengenal pasti suspek dan sedang mengesannya.
Ismadi berkata siasatan kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Berita mengenai kejadian itu tular di media sosial hari ini menerusi video penstriman secara langsung di Facebook menunjukkan pegawai dan anggota polis mengepung kawasan luar rumah mangsa, sejurus kejadian itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial