AM

Padi bukit Sabah, Sarawak boleh jadi produk premium, tembusi pasaran lebih luas

23/08/2020 04:11 PM

BELURAN, 23 Ogos -- Padi bukit yang ditanam di Sabah dan Sarawak boleh dijadikan sebagai produk premium yang dapat menembusi pasaran lebih luas, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata ini akan dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada petani dan seterusnya, meningkatkan pengeluaran padi negara selain mengurangkan pengimportan beras.

“Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sebanyak RM42 juta diperuntukkan untuk program bantuan padi bukit termasuk baja dan racun.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran beras negara dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import dari negara luar," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Tanaman Padi Bukit Kampung Lumou di Telupid dekat sini, hari ini.

Menurut Kiandee, beliau berharap sektor tanaman padi bukit dapat dimodenkan sesuai dengan keadaan semasa. 

“Saya menyeru kepada semua pengusaha tanaman padi bukit agar menggunakan sumber dan bantuan berkualiti daripada kementerian secara sistematik dan berkesan. 

“Saya percaya pengeluaran padi bukit dapat ditingkatkan dan akhirnya menambah pendapatan para pengusaha,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan