AM

6 remaja samseng jalanan ditahan di Pasir Gudang

22/08/2020 12:04 AM

JOHOR BAHRU, 21 Ogos  -- Keseronokan enam remaja melakukan aksi bahaya di jalan raya tidak bertahan lama apabila kesemua mereka ditahan dalam satu Operasi Samseng Jalanan di sekitar Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Supt M. Kumarasan berkata kesemua remaja berusia 13 hingga 16 tahun itu ditahan 'oleh Team Skuad 42' JSPT yang terdiri daripada seorang pegawai dan 10 anggota pada jam 5 petang.

Beliau berkata hasil maklumat dan risikan mendapati lokasi berkenaan menjadi tempat bagi golongan remaja melakukan aksi-aksi berbahaya seperti ‘wheelie’ dan ‘zig zag’ pada waktu petang.

“Menerusi operasi ini, sebanyak enam saman melibatkan17 kesalahan telah dikeluarkan terhadap enam remaja itu serta lima buah motosikal turut disita untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan