EKONOMI

AmBank sedia bantuan pembayaran semula kepada PKS

11/08/2020 06:00 AM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos -- AmBank akan menawarkan bantuan pembayaran semula dan lanjutan moratorium kepada individu dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selepas berakhirnya moratorium pada 30 September, 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata bank itu kini menerima permohonan untuk  penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman daripada pelanggan.

"Program ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, serta pekerja yang dikurangkan gaji.

"Bantuan kami juga turut diperluaskan kepada PKS kerana kami memahami, banyak  perniagaan terjejas terus akibat penularan COVID-19," katanya.

Pelanggan boleh menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan bank atau pengurus hubungan bank untuk mendapatkan bantuan, atau menghubungi 03-2178 8888 (pelanggan individu) dan 03-2178 3188 (pelanggan PKS).

Mereka  juga boleh menghantar e-mel kepada customercare@ambankgroup.com, melayari laman web https://www.ambank.com.my/eng/repayment-assistance atau mengunjungi cawangan bank terdekat.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan