KANGAR, 5 Julai -- Sebahagian bumbung blok C Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dekat sini, yang berusia 71 tahun, runtuh kira-kira pukul 12.20 tengah hari semalam (4 Julai).
Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Mohammad Abd Ghani berkata tiada kemalangan jiwa berlaku memandangkan ia terjadi pada hari cuti minggu sekolah (Sabtu).
"Sebagai langkah keselamatan pelajar, kita menutup bangunan C dan meletakkan pita keselamatan di sekeliling bangunan itu setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melakukan pemeriksaan terhadap bangunan berkenaan semalam," katanya kepada pemberita ketika membuat tinjuan di sekolah itu, hari ini. Yang turut hadir, Pengetua SMK Derma, Fauziah Abd Hamid.
Mohammad berkata, JKR juga telah mengambil tindakan memotong bekalan elektrik bangunan berkenaan bagi keselamatan pelajar dan pihaknya telah menghantar laporan kejadian itu kepada Bahagian Aset Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk tindakan susulan.
"Bahagian bumbung yang runtuh hanya melibatkan bahagian bilik mesyuarat sahaja dan bukan bilik darjah, jadi ia tidak memberi kesan kepada sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam esok, dan pelajar tidak dibenarkan mendekati bangunan itu dan akan menggunakan laluan alternatif untuk masuk ke sekolah.
Mohammad berkata, beliau difahamkan bangunan sekolah itu telah disenaraikan sebagai bangunan warisan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial