KUALA LUMPUR, 1 Julai -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia IHS Markit melonjak kepada 51.0 pada Jun 2020 daripada 45.6 bulan sebelumnya, sekali gus mencatatkan paras tertinggi sejak September 2018.
IHS Markit dalam nota penyelidikannya berkata, ini menunjukkan secara umumnya, terdapat peningkatan dalam perniagaan sektor pengeluaran barangan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Mengulas mengenai hasil kaji selidik terbaharu, Ketua Ekonomi perniagaan Chris Williamson berkata sektor pembuatan Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan pada Jun.
“Pengeluaran meningkat pada kadar yang tiada tandingannya dalam sejarah lapan tahun kaji selidik kerana banyak syarikat telah membuka kembali operasi ataupun menambah kapasiti operasi kilang selepas terganggu oleh COVID-19.
“Perubahan pesat dalam pengeluaran sejak kejatuhan teruk pada bulan April memberi petanda baik untuk pemulihan berbentuk v (v-shaped),” katanya.
Sementara itu, meskipun perniagaan dijangka terus meningkat pada Jun, keyakinan tetap jauh di bawah paras yang dilihat pada awal tahun ini. Ini sebahagiannya mencerminkan kebimbangan terhadap kesan sekatan COVID-19 yang berterusan ke atas permintaan, dalam dan luar negara.
“Permintaan eksport yang lemah masih lagi menjadi kebimbangan, terutamanya dari segi perbelanjaan pengguna yang lemah.
"Buat masa ini, data bergerak kukuh dalam hala tuju yang betul, dan sekiranya tiada jangkitan gelombang kedua, pemulihan itulah buktinya,” kata beliau.
Menurut IHS Markit, terdapat tanda-tanda menggalakkan bahawa keadaan permintaan telah mula stabil pada Jun, dengan Indeks New Orders melonjak ke paras tertinggi enam bulan.
Sementara itu, dalam bergerak ke hadapan, tinjauan sektor pembuatan meningkat sekali lagi pada Jun.
“Keyakinan perniagaan mengukuh ke paras tinggi empat bulan dengan syarikat kian yakin bahaw pengeluaran akan meningkat daripada paras sekarang dalam tahun mendatang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial