Rabu, 08 Julai 2020
AM
30/06/2020 09:43 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) institusi pengajian tinggi tempatan sesi 2020/2021 bagi membincangkan usaha memartabatkan mahasiswa, memperkasa pendidikan serta hal berkaitan kebajikan mahasiswa.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata pertemuan kira-kira satu jam itu merupakan peluang baginya beramah mesra dan bertukar pandangan dengan lima Yang Dipertua Majlis Perundingan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Turut hadir, presiden MPP daripada Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUMSU), Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS), DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia (DRB-HICOM U) dan Help University.

“Saya mendengar dengan teliti setiap butiran agenda serta inisiatif yang dibawa dan berpandangan ada beberapa perkara yang dibincangkan boleh diketengahkan kepada kementerian atau pihak bertanggungjawab yang berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Pertemuan yang berlangsung di pejabat Muhyiddin itu turut disertai Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Dr Noraini Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan KPT, Rosli Yaakob. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan