Sabtu, 04 Julai 2020
AM
30/06/2020 11:36 AM

TAWAU, 30 Jun -- Majlis Keselamatan Negaran (MKN) Sabah hari ini menghantar pulang 409 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia melalui jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kejayaan pengusiran itu atas faktor kerjasama baik diberikan kerajaan Indonesia seperti mana dalam siri-siri pengusiran terdahulu.

"Ini pengusiran siri ke-19 melalui laut bagi tahun 2020 melibatkan PATI Indonesia. 

"Selain itu, pengusiran 11 PATI warganegara Pakistan, China dan Sri Lanka dijalankan melalui udara yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehingga kini jumlah pengusiran PATI sepanjang tahun ini ialah 4,355 orang.

Beliau dalam pada itu berkata, kerjasama masyarakat adalah penting terutamanya majikan agar tidak melindungi dan menggaji PATI untuk bekerja. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan