Sabtu, 04 Julai 2020
30/06/2020 10:57 AM

IPOH, 30 Jun -- Seorang warga emas lelaki, yang juga orang kelainan upaya (OKU), nyaris maut apabila terjatuh ke dalam perigi sedalam lebih tiga meter di Kampung Malim Nawar Tin, Kampar pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak,berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian menimpa P. Ramasamy, 71, pada pukul 7.27 pagi.

"Kami segera mengerahkan pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kampar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anggota bomba bertindak menaikkan mangsa dengan menggunakan hos kecil yang diikat dengan kaedah gelung (loop) sehingga mangsa berjaya dibawa naik ke atas dengan selamat.

Katanya, operasi tamat pada pukul 8.05 pagi dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan serta mengalami luka-luka kecil akibat kejadian itu.

-- BERNAMA

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan