Isnin, 06 Julai 2020
AM
29/06/2020 06:58 PM

IPOH, 29 Jun -- Laluan kontra dibuka di Km283.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan kira-kira tiga kilometer sebelum susur keluar Simpang Pulai susulan kemalangan membabitkan dua lori di kawasan itu, pagi ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Zakaria Abd Rahman berkata, pembukaan laluan kontra sepanjang dua kilometer itu bagi kerja membersihkan besi buruk yang bertaburan di atas jalan selepas sebuah treler membawa muatan bahan itu terbalik dalam nahas jalan raya itu. 

Katanya dalam kemalangan kira-kira  9 pagi itu, treler berkenaan dari Sungai Petani, Kedah ke Shah Alam, Selangor terbalik setelah melanggar selepas gagal mengelak sebuah lori jenis Mitsubishi yang tiba-tiba memasuki laluannya.

"Lori treler tersebut telah hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori Mitsubishi sebelum terbalik merintangi jalan, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan akibat kemalangan itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi memaklumkan setakat pukul 5.30 petang ini, laluan trafik ke arah selatan masih sesak sepanjang 13km manakala laluan ke arah utara perlahan sepanjang lima kilometer.

PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi arahan papan tanda di lokasi kejadian kerana kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan