EKONOMI

Korea mahu rangsang pembangunan industri rumpai laut untuk eksport

18/06/2020 06:14 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun  -- Kementerian Kelautan dan Perikanan Korea Selatan merancang untuk merangsang pembangunan industri rumpai laut menjadi industri makanan berasaskan eksport dengan nilai sebanyak 1 trilion won (RM 4.2 bilion) menjelang 2024. 

Ia akan dimulakan secara global di bawah K. FISH, sebuah jenama eksport perikanan di bawah kementerian tersebut.

Pengarah Urusan K.FISH Malaysia Lee Dong Jun berkata rumpai laut kurang mendapat sambutan di luar negara sebelum ini dan ia lebih dikenali sebagai rumput dari laut.

"Dengan meningkatkan pelancongan ke Korea Selatan serta pengaruh budaya kami, rumpai laut sudah mula meraih populariti," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Lee, K.FISH Malaysia merancang untuk menjual rumpai laut dalam talian kerana ia sudah pun terjual di saluran runcit seperti AEON, Jaya Grocer dan Village Grocer.

K.FISH juga akan mengambil bahagian dalam ekspo makanan tempatan bagi mempromosikan rangkaian produk makanan laut dari Korea.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan