Jumaat, 29 Mei 2020
AM
23/05/2020 10:15 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Jabatan Audit Negara (JAN) mengesahkan satu memo memaklumkan bahawa Ketua Audit Negara positif COVID-19 dan akan dikuarantin di hospital, yang menjadi viral, dikeluarkan oleh beliau sendiri.

Dalam kenyataan hari ini JAN berkata memo itu dikeluarkan bagi edaran dalaman dan bukannya untuk dikongsi dengan pihak luar.

Memo itu dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid kepada pengurusan kanan jabatan berkenaan.

"Tujuan memo itu adalah bagi memastikan bahawa pentadbiran JAN tetap berjalan dengan lancar, dalam keadaan ketiadaan Ketua Audit Negara.

"Tujuan COVID-19 disebut dalam memo itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang perlu serta pantas, dan langkah-langkah yang harus diambil bagi membendung kemungkinan penularan COVID-19 dalam kalangan pegawai dan petugas JAN,” menurut kenyataan itu.

JAN berkata semua kontak rapat telah dimaklumkan untuk tindakan yang sewajarnya, dan bangunan yang terlibat, Block F2 Kompleks F di Presint 1, Putrajaya telah disanitasi dan dinyah kuman semalam.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan