DUNIA

Dunia terus saksikan peningkatan kes korban COVID-19 melebihi 160,000 orang

19/04/2020 12:26 PM

ANKARA, 19 April -- Jumlah korban COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat pada Ahad, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University lapor agensi  berita Anadolu.

Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing-masing berjumlah 2,328,124 dan 594,192.

AS terus menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu, dengan kes jangkitan sebanyak 734,550 dan korban melebihi 38,830 kematian.

Diikuti Itali mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 23,227 manakala Sepanyol merekodkan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi  194,410.

Virus maut itu telah merebak ke 185 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan