PUTRAJAYA, 13 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kerajaan juga memutuskan semua bentuk bazar Ramadan turut tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
“Kerajaan telah mendengar pandangan rakyat, kerajaan juga mendapat nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan badan bukan kerajaan mengenai perkara seperti ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di sini, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial