AM

COVID-19: KKM TERIMA 5,000 UNIT 'FLOCKED SWAB' DARI SINGAPURA

01/04/2020 10:51 PM

PUTRAJAYA, 1 April -- Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sebanyak 5,000 unit Flocked Swab, Universal Transport Medium (UTM) untuk ujian pengesanan COVID-19.

Flocked Swab itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Facebook KKM memaklumkan, alat itu akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sebelum diedar kepada klinik dan hospital di seluruh Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi hantaran di akaun Facebooknya turut memaklumkan Hospital Kuala Lumpur menerima sumbangan PPE (Peralatan Perlindungan Peribadi) daripada Duta China ke Malaysia, Bai Tian petang tadi.

Ia merangkumi penutup mulut dan hidung N95 sebanyak 10,000 keping dan penutup hidung dan mulut pembedahan sebanyak 50,000 keping, yang merupakan peralatan pelindung penting kepada anggota perubatan barisan hadapan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan