SEREMBAN, 30 Mac -- Pusat Perubatan Mawar hari ini tampil menawarkan ujian pemeriksaan COVID-19 secara pandu lalu kepada masyarakat di negeri ini, demikian diumumkan Pengerusinya Datuk Lee Tian Hock.
Beliau berkata, perkhidmatan itu ditawarkan sebagai langkah membantu meringankan bebanan hospital kerajaan berikutan permintaan yang semakin tinggi daripada masyarakat untuk melakukan ujian COVID-19.
Setakat ini, 15 individu telah membuat temujanji untuk melakukan pemeriksaan di pusat berkenaan dengan ujian itu ditawarkan pada harga RM550.
Beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu kecuali cuti umum dari 9.00 pagi hingga 12 tengah hari, Lee yang juga Pengerusi Pusat Hemodialisis Mawar berkata, pusat berkenaan mampu memberi perkhidmatan pemeriksaan kepada 30 orang sehari.
“Tetapi untuk walk in, kita charge RM650 sebab ia melibatkan kos khususnya membabitkan peralatan perlindungan diri (PPE) anggota perubatan yang hanya boleh dipakai sekali bagi pemeriksaan berbanding pandu lalu yang boleh digunakan untuk lima kali prosedur pemeriksaan.
“Kita juga menetapkan jumlah mereka yang boleh melakukan pemeriksaan COVID-19 adalah 15 hingga 20 orang sehari bagi pandu lalu dan baki adalah untuk mereka yang ‘walk in’ sebab makmal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan tidak boleh menampung banyak spesimen,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lee berkata keputusan ujian hanya akan diketahui dalam tempoh tiga hari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial