DUNIA

COVID-19: ARAB SAUDI KUAT KUASA PERINTAH "LOCKDOWN" DI JEDDAH

29/03/2020 07:18 PM

RIYADH, 29 Mac -- Arab Saudi pada Ahad mengeluarkan perintah "lockdown" di wilayah Jeddah sebagai sebahagian langkah membendung penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik agensi berita Arab Saudi (SPA).

Memetik sumber Kementerian Dalam Negeri aktiviti keluar dan masuk di sempadan wilayah berkenaan kini disekat.

Pihak berkuasa juga memanjangkan tempoh berkurung di wilayah itu yang kini bermula 3 petang. Sebelum ini perintah berkurung bermula 7 malam.

Minggu lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menguatkuasakan perintah berkurung selama tiga minggu dan “lockdown” di Riyadh dan di Makkah serta Madinah.

Setakat ini, tiga kematian dicatatkan di negara itu selain lebih 1,100 orang dijangkiti. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan