AM

Polis nafi maklumat mengenai pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang

27/03/2020 12:47 AM

GEORGE TOWN, 26 Mac  -- Polis hari ini menafikan satu maklumat yang ditularkan, mengenai kononnya seorang lelaki berusia 36 tahun pesakit COVID-19 yang tinggal di Taman Nusantara, di sini, melarikan diri daripada Hospital Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata siasatan polis mendapati mesej yang tular itu adalah palsu.

“… malah lelaki yang namanya ditularkan menerusi mesej itu juga telah membuat laporan polis yang dia tidak dijangkiti COVID-19 atau menerima rawatan di HPP," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk berusaha mengesan pihak yang menyebarkan mesej palsu itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan