Selasa, 07 April 2020
24/03/2020 11:46 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mac -- Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini secara rasmi ditangguhkan ke tahun depan berikutan pandemik global COVID-19, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mengesahkan malam ini.

Keputusan itu dipersetujui selepas mengadakan conference call antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden IOC Thomas Bach hari ini, berdasarkan krisis global semasa dan maklumat yang disediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Presiden IOC dan Perdana Menteri Jepun telah memutuskan bahawa Sukan Olimpik XXXII di Tokyo mesti dijadualkan semula sehingga berakhirnya tahun 2020 tetapi tidak berlanjutan sehingga musim panas 2021, untuk menjaga kesihatan para atlet, semua individu yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan komuniti antarabangsa. 

“Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa obor Sukan Olimpik akan terus berada di Jepun. Turut dipersetujui mengekalkan jenama sedia ada iaitu Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” menurut kenyataan bersama IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.

Sukan Olimpik dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos manakala Paralimpik bermula 25 Ogos hingga 6 Sept.

Kenyataan itu selanjutnya menyatakan bahawa penyebaran wabak koronavirus yang tidak pernah berlaku dan tidak dijangka itu, menyaksikan krisis tersebut semakin menular dengan lebih 375,000 kes direkodkan di seluruh dunia iaitu hampir setiap negara. 

Ia merupakan penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, tetapi ia pernah dibatalkan semasa meletusnya Perang Dunia pada tahun 1916, 1940 dan 1944. 

Dengan perkembangan terbaru ini, sistem kelayakan dan kalendar sukan dunia, yang telah pun terjejas oleh wabak COVID-19, dijangka akan melalui perubahan besar.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan