AM

Wisma BSN, cawangan KL ditutup untuk kerja-kerja pembasmian kuman sehingga 20 Mac

19/03/2020 05:32 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac -- Wisma BSN, ibu pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) dan cawangan utama di Kuala Lumpur ditutup sementara hari ini sehingga 20 Mac untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh mengikut garis panduan keselamatan dan kesihatan.

“Ini berikutan kontak pekerja kami dengan orang luar yang mungkin terdedah kepada COVID-19,” menurut bank tersebut dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya pelanggan boleh terus melakukan transaksi di BSN cawangan Lebuh Ampang dan BSN cawangan Haji Hussein serta menerusi perbankan Internet bank itu, myBSN.

“BSN juga ingin memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa kami akan terus mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19 dan akan melaksanakan sebarang langkah awal tambahan untuk memastikan kesejahteraan petugas dan pelanggan kami.

"BSN kesal dengan sebarang kesulitan disebabkan melaksanakan langkah-langkah ini," menurut BSN.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan