JOHOR BAHRU, 19 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersembahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai situasi terkini COVID-19.
Menerusi catatan dan beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, Muhyiddin mempersembahkan perkara itu ketika menghadap baginda selama hampir sejam.
Menurut catatan itu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir di Istana Pasir Pelangi, di sini.
Ini adalah majlis menghadap pertama Muhyiddin ke atas baginda, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas.
Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.
Menurut catatan itu, Muhyiddin bersama tetamu kehormat yang lain turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial