DUNIA

BTS bakal muncul dengan single terbaharu dalam rancangan terbitan CBS 'the late late show with James Corden'

18/01/2020 12:06 PM

SEOUL, 18 Jan -- BTS bakal muncul dengan single terbaharu mereka dalam rancangan terbitan stesen penyiar Amerika Syarikat CBS "The Late Late Show with James Corden" pada akhir bulan ini, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik kenyataan agensi pengurusan kumpulan K-Pop itu pada Sabtu.

Menurut Big Hit Entertainment, BTS akan mempersembahkan lagu “Black Swan” daripada album “Map of the Seoul 7” ketika muncul dalam rancangan bual bicara terkenal AS itu pada 28 Jan (waktu AS).

BTS sebelum ini pernah muncul dalam rancangan itu pada 2017 dan 2018.

Lagu itu telah berkumandang menerusi perkhidmatan penstriman secara online di Korea Selatan dan luar negara pada Jumaat sebelum pelancaran album penuh keempat kumpulan tersebut pada 21 Feb.

Prapesanan bagi album itu telah mencecah 3.42 juta unit dalam minggu pertama sejak prajualan bermula minggu lepas, yang merupakan jumlah prapesanan terbesar pernah dicatat bagi sebuah album di Korea Selatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan